Tahukah anda bahawa kedudukan rahim mempengaruhi kesuburan anda? Dialih-bahasa oleh Nini Hadi
| Tanda-tanda rahim terbalik |
| Rawatan Pembedahan/Prosedur ventro-suspension |
| Kaedah rawatan rahim terbalik |
| Kebaikan Pembedahan Up-lift |
| Persediaan sebelum pembedahan |
| Risiko-risiko prosedur ini |
![]() |
RAHIM
TERBALIK & KETIDAKSUBURAN.
Tahukah anda bahawa orang wanita kedudukan rahimnya lazimnya terletak mencondong ke hadapan. Keadaan ini adalah normal. Tetapi 20% daripada kaum wanita kedudukan rahimnya tidak normal iaitu rahimnya condong ke belakang yakni rahimnya terbalik. Keadaan ini juga dikenali sebagai “tipped uterus”, “retroverted uterus” atau “tilted uterus” dalam bahasa inggeris.
|
||
|
Kebiasaanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda. Sebagaimana sesetengah orang menulis dengan tangan kiri, begitu pula orang dengan rahim terletak ke belakang, posisinya sahaja berbeza. Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda. Gejala-gejala berikut boleh melanda wanita yang mempunyai rahim yang terbalik: 1.Sakit sewaktu
bersama. 2. Rasa sakit
semasa haid 3. Sakit pinggang
yang kronik. Kebanyakan wanita sebegini dilahirkan semulajadi dalam keadaan begini. Tetapi adakalanya rahim menonggeng ke belakang disebabkan oleh sawang-sawang yang terbentuk akibat trauma atau pertumbuhan luar biasa di bahagian dalam organ-organ peranakan - “pelvic adhesions”; “endometriosis” atau trauma selepas bersalin. Ramai wanita sebenarnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala rahim terbalik kerana ia boleh dialami tanpa apa-apa kesan tanda-tanda pada diri anda. Kalau keadaan ini berlaku cara yang terbaik adalah untuk membuat ujian “pelvic examination” ataupun membuat ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu melihat ke dalam uterus. Dengan itu kedudukannya boleh diketahui dengan jelas. |
Pembedahan
“up-lift” / “ ventro-suspension”.
Prosedur “up-lift” atau ventro-suspension, adalah satu pembedahan mudah yang melibatkan pemendekkan serta pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya ia dikembalikan ke kedudukan yang betul. Prosedur ini melibatkan teknologi “laparoskopi” yang mana hirisan yang kecil di perut disertai memasukkan teropong laparoskopi ke dalamnya. Ia merupakan surgeri ringkas sehari sahaja yang mana tanpa perlu bermalam di hospital. Menurut penyelidikan, kaedah ini sangat berkesan untuk menghilangkan rasa sakit yang berpanjangan dari kembali lagi. Kaedah rawatan
lain untuk merawat rahim terbalik. 1. Ubat tahan
sakit 2. Menukar
posisi yang digunakan sewaktu mengadakan hubungan seks 3. Pessary 4. Hysterectomy
Doktor anda akan membincangkan
kaedah-kaedah yang boleh anda pilih sebelum anda terus membuat keputusan
untuk memilih membuat apa-apa rawatan. |
||
Kebaikan Pembedahan Uplift. -Ia boleh menghapuskan terus rasa sakit pingggang yang kronik dari berulang lagi. -Lagi satu kebaikan prosedur ini ialah ia dilakukan dengan hirisan yang kecil pada perut dengan alat dipanggil laparoskopi dan pesakit dianggap sebagai pesakit luar i.e. mereka tidak perlu bermalam di hospital. Ia cepat dan tidak merumitkan. Tempoh sembuh adalah singkat berbanding surgeri yang berat. -Pembedahan ini berlainan pula dengan hysterectomy kerana ia masih boleh membenarkan pesakit mengandung walaupun setelah dibedah kerana ia tidak membuang organ peranakkan. |
|||
|
Berikut adalah persediaan yang anda akan lalui jika membuat prosedur uplift secara umumnya . Rujuklah pakar anda untuk penerangan teliti. Sebelum surgeri: Pada kebiasaanya doktor akan memberi penjelasan mengenai prosedur yang akan dilakukan, termasuklah peraturan pemakanan dan minuman, serta masa untuk hadir sebelum pembedahan. Ikutilah peraturan dengan betul. Sewaktu surgeri: Surgeri ini biasa dilakukan macam pesakit luar pergi ke hospital, tak perlu bermalam. Akan tetapi ia memerlukan pesakit dikenakan bius. Sewaktu surgeri pesakit akan dipotong dengan hirisan-hirisan kecil di bahagian perut, kemudian doktor akan memasukkan peralatan surgeri / laparoskopi untuk melihat bahagian dalam organ dan melakukan prosedur uplift itu. Jahitan “suture” akan memegang rahim ke atas , sambil itu ligamen lain akan dipendekkan untuk meletakkan rahim di kedudukan yang betul. Tempoh surgeri ini
bergantung samaada ia dilakukan sendirian atau bersama pembedahan lain.
|
Selepas, pembedahan:
Doktor anda akan memberitahu anda tentang peraturan yang mesti dilakukan
untuk merawat luka selepas bersalin dan apa yang perlu diambil perhatian
sekiranya berlakunya tanda-tanda membimbangkan.
Selepas surgeri pesakit biasanya mengalami kesakitan akibat luka pembedahan jadi dalam kebanyakan kes, ubat tahan sakit diberi makan. Kalau kesakitannya tidak berkurangan suntikan bius akan diberikan pada luka pembedahan sewaktu lawatan susulan berjumpa doktor. Anda boleh kembali bekerja dan melibatkan diri dalam aktiviti harian selepas beberapa hari. Anda boleh mengadakan hubungan seks bersama suami selepas satu bulan. Sekiranya anda mempunyai persoalan anda perlu bertanya doktor anda dengan lebih lanjut. Pesakit biasanya akan disuruh berjumpa doktor 7-10 hari selepas pembedahan untuk rawatan susulan pembedahan. Risiko-risiko prosedur
ini. 1. Kesan tindak-balas dengan ubat bius Kebanyakan komplikasi yang timbul jarang-jarang berlaku. Kebanyakan boleh diselesaikan sewaktu surgeri. Sakit di kawasan pinggang bukan sesuatu yang normal dan anda perlu berjumpa dengan seorang doktor. Pastikan anda memberitahu doktor serta juru-rawat bahawa anda mengalami kesakitan di bahagian pinggang. Lawatlah www.inletmedical.org untuk penjelasan lanjut.
|
||