Nafsu Syahwat Isteri tak normal? Soalan Assalamualaikum doktor... Jawapan Terima kasih atas surat saudara mengenai masalah hubungan seksual suami-isteri. Saya kira terdapat juga segelintir wanita yang tidak mengalami klimaks melalui hubungan vagina. Klimaks ini dipanggil dalam istilah perubatan sebagai ‘deep orgasme’. Nampaknya isteri saudara mengalami superficial orgasme ataupun orgasme yang dicapai melalui rangsangan luaran iaitu pada payudara dan kelentid. Rangsangan pada bahagian payudara dan kelentid boleh mencapai orgasme atau klimaks di setengah wanita seperti isteri saudara. Ini mungkin satu perkara yang normal bagi isteri saudara. Mungkin segala saraf-saraf yang sensitif terhadap rangsangan seksual tertumpu pada bahagian-bahagian tersebut sedangkan saraf-saraf seksual pada dinding vagina tidak begitu sensitif. Sebaiknya setelah saudara merangsang isteri dan beliau mencapai klimaks janganlah saudara memasukkan zakar ke dalam vagina terlalu lama sehingga tiga puluh minit kerana ini boleh membebankan dan menyebabkan kesakitan pada beliau sedangkan beliau tidak terangsang lagi dengan perbuatan ini. Oleh itu eloklah saudara percepatkan orgasme saudara atau klimaks saudara seberapa yang boleh setelah zakar dimasukkan ke dalam vagina. Perlu dikatakan keadaan yang saudara alami pada isteri adalah sesuatu keadaan yang lain dari biasa namun masih dianggap normal lagi. Cuma saudara perlu memahami perkara ini dan menerima hakikatnya sebagai satu kenyataan. Tentang kekerapan melakukan persetubuhan di antara suami-isteri mengikut kajian saya dan kebanyakan doktor-doktor pakar yang lain kekerapan persetubuhan yang normal di kalangan pasangan suami-isteri ialah lebih kurang 3 kali seminggu. Jika saudara berkehendakkan sampai 2-3 kali sehari ini juga mungkin membebankan isteri. Inilah mungkin sebab utama mengapa isteri tidak suka melakukan persetubuhan kerana perbuatan ini menjadi satu beban pada beliau dan menyebabkan keletihan dan seterusnya beliau tidak dapat menjalankan tugas-tugas yang biasa di rumah atau di pejabat. Oleh itu dalam hal ini mungkin saudara sendiri yang perlu mengurangkan tahap syahwat dam mengurangkan kekerapan bersetubuh dengan mengenakan teknik-teknik yang tertentu. Saudara mengalihkan tumpuan perasaan atau fikiran yang boleh merangsangkan seks saudara, seperti mengamalkan puasa Isnin, Khamis. Ini satu nasihat yang diberikan oleh rasulallah s.a.w. kepada para pemuda yang sedang kuat naik syahwatnya. Pada pendapat saya tidak perlulah isteri diberi ubat perangsang, asalkan beliau dalam keadaan kesihatan fisikal dan mental. Dan beliau mengambil supplement vitamin seperti obimin, kalsium, vitamin C sebagai amalan harian dan tentukan bahawa berat badan isteri tidak naik secara mendadak. Pada pendapat saya seperti yang saya nyatakan tadi lebih baik saudara sendiri yang mengurangkan tahap kenaikkan syahwat. Seperti yang saya nyatakan dengan cara berpuasa puasa sunat. Ada juga beberapa jenis ubat yang boleh mengurangkan sikit hormon testosterone dalam badan saudara dan selanjutnya ia boleh mengurangkan syahwat. Dan dengan ini dapat mengurangkan sedikit kekerapan saudara hendak melakukan persetubuhan. Tetapi ubat-ubat ini eloklah didapati dari doktor pakar urologi. Saya nyatakan bahawa saudara patut mengikuti amalan biasa di kalangan pasangan suami-isteri iaitu mengadakan hubungan dengan isteri dalam lingkungan 3-4 kali seminggu. Ia adalah lebih wajar dari mencuba untuk menyihatkan syahwat isteri untuk melayani keadaan nafsu saudara yang agak kuat sedikit iaitu 2-3 kali sehari. Sekian Harap Maklum. |