Alamat:
Klinik Dr. Hamid Arshat
75M Medan Setia Satu, Plaza Damansara,
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur,
Malaysia
masa pejabat
| telefon | faks | e-mel |
kaunseling
x-ray, papsmear, ultra-sound scan, ujian air mani
rawatan sakit puan, ketidaksuburan, kehamilan
Masa
Pejabat
Isnin - Jumaat Sabtu
09:00am - 12:30pm; 09:00
am - 01:00pm
02:30p.m - 05:00pm Ahad
& cuti am tutup
Untuk
temujanji berjumpa Dato' Dr. Hamid Arshat TELEFON 2-3 MINGGU TERDAHULU
SEBELUM TARIKH YANG DIINGINI DAN BUAT TEMUJANJI.
Telefon temujanji:
603-
20945800
603-20945262
603-20941115
Faks:
603-20949402
:
E-Mel: DR. HAMID ARSHAT/
NINI HADI
1
. Kaunseling serta nasihat untuk masalah kesihatan wanita dan masalah ketidaksuburan,
nasihat perancangan keluarga,
Kebanyakan pesakit datang dari segenap ceruk rantau untuk
menyelesaikan masalah mereka. Kebanyakan masalah adalah berkenaan ketidaksuburan
dan masalah wanita di bahagian peranakan. Masalah perancangan keluarga,
masalah di kamar tidur, masalah kesihatan wanita banyak diutarakan sewaktu
berjumpa dengan doktor.
Kes suami-isteri
susah dapat anak setelah berkahwin lama.
Kedua-dua suami dan isteri digalakkan datang pada kali pertama kerana
doktor perlu memastikan yang kedua-dua pesakit diperiksa olehnya dalam
kes ketidaksuburan. 30% adalah berpunca dari ketidaksuburan lelaki, jadi
ia perlu dikenalpasti awal-awal lagi.
Doktor Hamid banyak menggunakan kaunseling pasif dan banyak memberi peluang kepada pesakit memberitahu masalah mereka. Kemudian kebanyakan kes diselesaikan mengikut pengalamannya yang luas. Terkadang beliau akan bertanya soalan peribadi untuk mendapat maklumat untuk menolong beliau menyelesaikan masalah.
Memandangkan masanya terhad dan pesakitnya ramai, beliau terpaksa mengorbankan masa kaunseling atas kehendak berjumpa dengan ramai orang yang kepingin untuk mendapat rawatannya. Alhamdulillah berkat pengalaman beliau yang luas, kebanyakan pesakit beliau berpuas-hati dengan hasil yang beliau berikan, walaupun tidak mendapat masa yang panjang untuk berbual dengannya. Termasuk diri saya, : + }.
2. Pemeriksaan
X-ray,ujian scanning, ujian pap smear dan ujian air mani.
Ujian seterusnya pemeriksaan alat kelamin wanita. Ia terbahagi kepada
tiga jenis:
1. Ujian
"vaginal scanning" biasanya dialkuakn pada sesi pertama
atau selepas bersalin dan juga untuk mengesan penyakit, scan melalui faraj
yang mana satu alat akan dimasukkan ke dalam faraj wanita sudah berkahwin,
dan gambar "scan" akan dipaparkan pada screen kecil untuk pemerhatian.
Tujuan ia dilakukan ialah untuk mengenalpasti dengan lebih mendalam
punca masalah yang dihidapi pesakit. Scan ini boleh mengenal pasti kedudukan
rahim sama ada normal atau tidak. Fibroids, cysts pada ovari, endometriosis,
endomeriotic cysts insyaaalh semua dapat dikesan oleh Dr. Hamid.
2. Ujian "ultra-sound", pula dilakukan untuk
kebanyakan kes selepas rawatan pertama. Satu alat diletakkan di atas perut
pesakit untuk mendapat gambaran dalaman di dalam sistem peranakan
pesakit. Terdapat juga scan dilakukan untuk melihat di dalam buah pinggang,
limpa untuk melihat kesihatannya. Sekiranya ada mununjukkan kesan negatif,
pesakit dirujuk kepada pakar yang lain untuk rawatan lanjut.
3. Pihak wanita pula juga perlu menjalani X-ray hysterosalpingogram untuk
mengetahui samaada tiub fallopiannya dan kilang telurnya rosak atau tidak.
4.Ujian air-mani dilakukan terhadap suami bagi masalah ketidaksuburan
dari awal-awal lagi kerana masalah lelaki adalah yang paling mudah dikenalpasti.
Contoh air mani diambil dan dibubuh dalam petri dan akan diperiksa kualitinya.
Kalau rserius beliau perlu dirujuk kepada seoarang pakar urologist untuk
rawatan selanjutnnya. Kalau kurang serius dia akan diberi ubat untuk
memperbaiki mutu spermanya.
3. Obstetrik & Gynekologi / Rawatan untuk ketidaksuburan, kehamilan dan masalah puan
Oleh kerana rawatan banyak ditumpukan kepada tiga jenis kategori iaitu:
1. Masalah ketidaksuburan
2. Kehamilan dan Bersalin
3. Masalah sakit puan
Untuk Masalah sakit puan, ubat-ubatan dan pembedahan adalah cara menangani kes-kes ini. Nasihat mengenai cara gaya hidup pun diberi untuk meningkatkan kesedaran pesakit tentang pentingnya memakan vitamin-vitamin, dan ubat- ubatan yang boleh membantu mereka.
Contohya sekiranya wanita putus haid doktor mencadangakan perubahan gaya hidup, wanita perlu lebih aktif untuk menstimulasikan otak kerana umur ini banyak hormon asecara semulajadi hilang. Doktor mengalakkan pemakanan seperti yang kaya dengan unsur eostrogen seperti keledek dan labu merah. Pil hormon dan krim hormon diberi dan kesedaran tentang perlunya wanita berfikiran terbuka untuk mencuba kaedah baru untuk menghadapi masalah di kamar tidur yang semakin merumitkan akibat ketandusan hormon.
Untuk kes berat seperti fibroid yang besar dan menyebabkan pendarahan yang banyak maka pada kebiasaanya doktor mencadangakn pembedahan terutama kalau peluang untuk mengandung tiada langsung.
Begitu pula untuk masalah ketidaksuburan, kebanyakan rawatan ialah bersama-sama. Suami perlu diperiksa sama ada air maninya sihat. Kalau tidak beliau perlu pergi ke pakar sakit tuan untuk kes yang serius, dan kes yang ringan ubatan akan diberikan kepadanya, seterusnya pasangan diberi ubat subur dan digalakkan cuba untuk tiga kali menggunakan kaedah semulajadi.>> sambungan, Kalau tidak berjaya barulah beberapa jenis prosedur atau pembedahan akan disarankan kepada pesakit bergantung kepada keadaan. Jenis-jenis prosedur dan pembedahan akan diterangkan selepas ini.
Akhirnya rawatan untuk ibu mengandung yang mana pada setiap lawatan wanita akan menjalani ujian air kencing, ujian tekanan darah, ujian ultra-sound di bahagian luar perut.
Ujian air kencing diambil untuk memantau kemungkinana berlakunya kencing manis yang boleh menyebabkan ibu terpaksa masuk hospital sekiranya terlalu tinggi. Kencing manis boleh berlaku ketika hamil dan boleh memudaratkan ibu yang mengandung.
Tekanan darah sangat penting diambil untuk memastikan ia berada di tahap yang normal. Kalau darah tinggi membimbangkan pesakit akan terus dimasukkan ke hospital. Toxemia kehamilan boleh berlaku kalau ianya tidak dipantau dan menyebabkan kematian ibu atau anak.
Ujian ultra-sound pula untuk melihat perkembangan bayi dalam perut sama ada sihat ataupun tidak. Banyak komplikasi boleh timbul sewaktu tumbesaran berlaku jadi pemerhatian yang rapi perlu dilakukan.
Ujian darah juga dijalankan pada peringkat ini untuk memastikan bahawa ibu tidak mengidap apa-apa penyakit atau jangkitan kuman yang merbahaya. Tujuannya juga untuk memantau keguguran yang boleh berlaku atau kecacatan pada bayi.
Sehingga pesakit bersalin, rawatan ini diteruskan. Doktor Hamid yang akan menyambut bayi itu sendiri bila ia lahir kelak.