Prinsip-prinsip kejayaan Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah. Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanism.' Menulis tentang Nabi s.a.w.: “Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu; tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.” Pada tahun 1978 Michael Hart
menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah',
beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan
berkata: Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga. Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc. Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t. Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya. Prinsip pertama: Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan: “ Apabila
nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih
pilihan yang lebih mudah” (Bukhari) Prinsip Kedua: Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman: “Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6). Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya. Prinsip ketiga Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam. Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran. Prinsip keempat 'Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu'. (41:34). Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas. Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hinda, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hinda. Prinsip kelima Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh. Prinsip keenam Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata, “Tidak mereka
adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan”. Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka. Prinsip ketujuh Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak dapat dilawan. Prinsip ke-lapan Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan. Prinsip kesembilan Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda "Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah s.w.t." , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya. Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau. 'Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…' (Quran 33:21) |