Home
| Perkhidmatan
& Ujian-ujian di klinik | Pembedahan |
Anggaran Kos perkhidmatan klinik
|resume|
TEMUJANJI |
PETA
klinik dr. hamid arshat
Alamat: Klinik
Dr. Hamid Arshat, 75M Medan Setia Satu,
Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
Telefon
: 603-20945800 / 20945262 / 20941115
Faks : 603- 20949402
Assalamualaikumwarahmatullah.
Dato'
Dr. Hamid Arshat antara pakar sakit puan melayu yang terawal sekali
muncul di persada perubatan Malaysia.Beliau merupakan sumber rujukan orang-ramai
untuk masalah kesuburan. Doktor yang sempat saya berkenalan rapat ini seorang
yang peramah bersama pesakitnya, bersifat sangat penyabar, tetapi berperibadian
tegas dan berprinsip.
Bermula mendapat
pendidikan asas di Johor dan kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat sarjana
di Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau ,memperolehi MBBS di situ. Seterusnya
pada tahun 1976 beliau mendapat MRCOG dari London diikuti FRCOG dari London
juga pada tahun 1987. Dari situ berputiklah satu karier yang sungguh menarik
yang beliau perolehi sepanjang kerjaya hidupnya menjadi seorang doktor pakar
sakit puan.
Beliau pernah menjadi
pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor di
Universiti yang sama. seterusnya beliau dilantik menjadi Pengarah Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Akhirnya beliau menjadi Ketua
Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara. Setelah itu beliau
membuka satu klinik pakar khas, sebagai seorang konsultan untuk memenuhi
permintaan yang tinggi untuk perkhidmatannya khusus untuk masalah ketidaksuburan
dan masalah sakit puan. Klinik ini masih dibuka di Plaza Damansara dan melakukan
pelbagai perkhidmatan.
Beliau sendiri adalah seorang ketua keluarga yang bahagia bersama isterinya Toh Puan Maimon, dikurniakan lima orang cahaya-mata rumah-tangga mereka dan tiga orang cucu yang beliau sambut sendiri ke dunia ini. Suasana rumahnya tidak pernah sepi dari disulami ketawa gurau senda anak-anak kecil , remaja mahupun yang dewasa.
Kelulusan
1. April 1970-Sept
1970
Mendapat Sarjana Perubatan di
Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia
2.
April -Sept 1970
Pegawai Perubatan di Hospital
Besar, Melaka
3.
Sept - Mac 1971
Pegawai Perubatan di Unit Surgeri
di Hospital Besar, Melaka
4.
Oktober 1972
Pensyarah pelatih di Jabatan
bstetriks & Gynekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
5.
Oktober 1972 - June 1973
Pegawai Perubatan di Jabatan
Obstetriks & Gynekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
6. Oktober 1972 - June 1973
Pegawai Perubatan di Jabatan
Obstetriks & Gynekologi , University Hospital , Petaling Jaya.
7.
Julai 1973 - Jan 1974
Pegawai
Perubatan di
Jabatan of Urologi& Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur.
8. Februari 1974
- Januari 1976
Registrar di Jabatan Obstetriks
and Gynekologi Southampton Universiti, England
9. Disember
1975
Menghadiri kursus 2 minggu dalam Obstetriks
& Gynekologi oleh Institut of Obstetriks, Queen Charlotte Hospital,
London United Kingdom.
10. Januari
1976
Lulus peperiksaan MRCOG di London,
United Kingdom.
11. Februari
1976
Pulang ke Malaysia dan bekerja
sebagai Pensyarah di Jabatan Obstetriks & Gynekologi, Universiti Kebangsaan
Malaysia
12. November
1978
Bertugas sebagai 'Director
of Specialist & Reproductive Research Centre' National Family
Planning Board (NFPB), Malaysia
13. Januari
1979
Profesor Madya di Jabatan Obstetriks
& Gynekologi
14. Mei 1983
Profesor di Jabatan Obstetriks
& Gynekologi University Kebangsaan Malaysia
15. Februari
1985 - Februari 1989
Ketua Pengarah di National Population
and Family Development Board Malaysia.
16. February 1989
- sehingga kini
Konsultan
Obstetrik & Gynekologi
di Pantai Medical Centre serta Klinik Dr. Hamid Arshat, Plaza Damansara,
Untuk
temujanji di klinik Dr. Hamid Arshat sila telefon nombor 03-20945800 / 03-20941115
/ 03-20945262.
Masa urusan dari 9:00 sehingga 5:00, Isnin sampai Jumaat.
Sabtu 9:00 hingga 1:00.
Tutup untuk hari Ahad dan cuti-cuti am.
(Hari Isnin, Selasa, Rabu hari dikhususkan untuk temu-janji pembedahan).